21 Jun 2012

Unisonic 2012 (Full Album)



Line Up:

Michael Kiske - Vocals (ex-Helloween)
Kai Hansen - Guitar (ex-Helloween & ex-Gamma Ray)
Mandy Meyer - Guitar
Dennis Ward - Bass
Kosta Zafiriou - Drums

Track-List:


1. Unisonic
2. Souls Alive
3. Never Too Late
4. I’ve Tried
5. Star Rider
6. Never Change Me
7. Renegade
8. My Sanctuary
9. King for a Day
10. We Rise
11. No One Ever Sees Me


Release date: 21.03.2012  in Japan: Avalon/Marquee
Release date: 30.03.2012 in Europe: earMusic/Edel


Editions:

In Europe /Rest of the World:
1. Standard Jewel Case  (11 Tracks)
2. Limited Edition Mediabook Version with 40 pages booklet (looks like a real book) incl. exclusive interview and pictures (with 1 bonus track) (12 Tracks)
3. Vinyl + CD Version Package

In Japan:
Japanese Limited Digipack   (with 1 bonus track exclusive for Japan)




Pustaka Ahli Sunnah Wal Jamaah

28 Oktober 2011

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG


Dicatat oleh

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang pahlawan pelabuhan berbadan sasa dan kejam di Canton yang menyerangnya kerana dia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali berkahwin kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri hingga akhirnya dia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Bacaan tambahan di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Wong_Fei-hung


Khazanah Islamiyah

24 Oktober 2011

Pemakanan & Kesihatan: Buasir Boleh Diatasi

Wanita hamil antara pesakit paling ramai

SATU daripada lima dewasa di negara ini dilaporkan, pernah menderita akibat buasir sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayatnya tanpa mengenal status, manakala dijangka kira-kira satu daripada 3,000 yang pertama kali merasai pengalaman mengandung, boleh mengalaminya ketika tempoh kehamilan itu berlangsung.

Hakikatnya buasir bukan penyakit baru, malah pada abad ke-17 lagi, pengkaji sejarah mencatatkan Pemerintah Perancis, Napoleon Bonaparte, kehilangan kuasa sebagai Maharaja sebab kalah pada peperangan Waterloo dan kekalahan itu dikaitkan akibat beliau menderita penyakit buasir.

Sementara Presiden ke-39 Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter terpaksa meninggalkan jamuan Krismas pekerja Rumah Putih, bagi mendapatkan rawatan buasir.

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam atau terkeluar daripada dubur. Buasir, terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.

Pengurus Negara Farmaseutikal Penjagaan Kesihatan Herba Himalaya, K Chandrasekaran, berkata punca utama buasir disebabkan oleh tekanan meningkat dalam abdomen yang boleh menyebabkan saluran darah meregang dan bengkak, menimbulkan pelbagai gejala, termasuk rasa gatal dan pendarahan yang banyak.

Penyakit buasir dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur
  • sementara buasir luar, boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur.

Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.

“Cara pembuangan najis sering dikaitkan dengan masalah individu. Sekiranya seseorang itu berhadapan dengan tekanan, ia mungkin menyebabkan sukar membuang air besar atau sembelit.Sembelit terjadi akibat kekurangan fiber dalam diet, bebanan berkaitan dengan sembelit semakin besar apabila individu jenis yang gemar berlengah ke tandas atau gemar meneran apabila membuang air besar.

“Sementara itu, masalah obesiti boleh juga menyumbang kepada buasir. Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, wanita hamil tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Perubahan hormon progesterone juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan. Berikutan ‘kerja’ penghadaman yang semakin lambat, lebih banyak penyerapan berlaku menjadikan najis bertambah keras. Pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak. Tekanan otot dubur pada kawasan yang bengkak pula menyulitkan proses pembuangan najis, malah pendarahan boleh berlaku apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Kebiasaannya, tekanan akan berkurangan selepas kelahiran membolehkan kawasan yang bengkak berkenaan kembali surut. Kadangkala ia semakin teruk hingga buasir boleh terkeluar ketika proses meneran untuk melahirkan bayi. Melakukan kerja berat atau yang boleh memberikan tekanan pada tubuh badan juga boleh menyumbang kepada berlaku masalah sembelit.

Chandrasekaran berkata, tidak sukar mengesan simptom buasir kerana ia berkait rapat dengan tabiat pembuangan najis dan kawasan dubur.

  • Rasa gatal atau sakit sekeliling dubur,
  • darah segar yang menitis ketika membuang najis
  • rasa pedih sekitar rektum adalah antara tanda anda mengidap buasir.

Hakikatnya buasir boleh ditangani pada peringkat awal dengan mengelakkan berlakunya sembelit. Ia boleh dilakukan dengan mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.
Beliau berkata, makanan berserat tinggi boleh diambil bagi membantu najis menjadi lembut, selain kekerapan bersenam, membantu perjalanan pembuangan air besar.

“Makanan turut mempengaruhi sembelit, yang menjadi punca buasir. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekali gus melancarkan pembuangan najis.

“Amalan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat selain segera ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar membantu proses pembuangan. Sebaliknya tabiat membaca dalam bilik air terlalu lama akan menyebabkan buasir menjadi teruk. Selain itu pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat,” katanya.

Bagi ibu hamil pula, sebaik saja ibu hamil mendapatkan rawatan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan, langkah pencegahan awal adalah memberikan mereka nasihat mengenai corak pemakanan sihat termasuk untuk mengelakkan buasir.

Antaranya:

  • mengetepikan makanan pedas dan
  • mengutamakan kelompok makanan tinggi serat seperti buah, sayur dan bijirin.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga mampu mengelakkan sembelit.

Sekiranya simptom buasir mengganggu keselesaan hidup seperti sakit, perdarahan dan berlaku jangkitan kuman maka pembedahan boleh dipertimbangkan. Ada beberapa kaedah pembedahan yang digunakan seperti mengikat buasir dengan getah, laser dan diatermi bagi buasir yang kecil. Sementara itu, komplikasi pembedahan ini adalah perdarahan, sakit dan infeksi. Sekiranya hamil lagi selepas pembedahan dilakukan, kemungkinan buasir ini boleh berulang semula.

INFO: Terdapat empat jenis buasir:

  • Pembengkakan pada bahagian dalam saluran dubur, berdarah, tetapi tidak boleh dilihat dari luar dubur.
  • Pada tahap kedua buasir ditemui dalam lokasi sama, tetapi terkeluar daripada dubur apabila membuang air besar, tetapi akan kembali ke tempat asal sejurus selepas itu.
  • Pada tahap ketiga pula buasir akan menjadi lebih besar, dan terkeluar seperti buasir tahap kedua, tetapi akan kekal di luar dubur dan perlu dimasukkan semula menggunakan jari.
  • Pada peringkat paling teruk, buasir tidak boleh dimasukkan ke dalam. Ia terletak di bawah dubur dan boleh menjadi bengkak dan terasa amat sakit terutama jika bekuan darah terjadi di dalamnya. Individu akan berasa tidak selesa sekiranya buasir tidak dirawat.

Hindari buasir

  • Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (1.2 hingga 2 liter).
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia dikatakan melancarkan pengeluaran najis.
  • Gunakan tandas pada satu jangka masa yang sama seperti apabila bangun pagi dan selepas meminum segelas besar air.
  • Elakkan makanan yang mengganggu sistem (pedas atau beralkohol) dan usus.
  • Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
  • Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof, Julai 2010. Berita Harian.


Khazanah Islamiyah

28 Julai 2011

MESTI BACA: Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama - Inilah Jawapannya.



Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'
Penulis: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM150.00

Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam.

Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, mahupun sumber-sumber istinbath yang lain. Jika masih terdapat di kalanganmu’taridhin (golongan yang menentang amalan-amalan tertentu di dalam masyarakat) yang tetap dengan hujah dan pendapat mereka dalam permasalahan khilafiyyah ijtihadiyyah umpamanya, maka mereka dipersilakan untuk mengikut jalan mereka sendiri dan bukanlah bermakna jalan atau pendapat orang lain yang tidak sependapat dengan mereka salah.


Khazanah Islamiyah

01 Julai 2010

Laman Islam VS Facebook


Sekarang ini semakin banyak lama sosial yang di buat oleh orang-orang islam kerana laman Facebook semakin banyak menghina umat islam. Antara laman-laman yang di cipta dari luar negara seperti Millatspace.com, Madina.com, Millatfacebook.com, Alwahy.com dan sebagainya.

Ciptaan orang Malaysia pun ada, antaranya Ikon.my & Myfriends2u.com (sekadar menyebut beberapa website).
Penulis sendiri pun ada register dengan beberapa laman web tersebut.



Kemaman Best

29 Jun 2010

Buku Pilihan: Agenda Yahudi Menakluk Dunia


Tipu daya Yahudi selagi hayat Yahudi masih wujud, selagi itu dunia hilang nilai keamanan, kedamaian dan keharmonian. Perancangan Yahudi yang pelbagai perlu dikaji supaya umat Islam dapat mengenal akar solusi melawan pihak Yahudi. Kebiadabaan Yahudi membuka mata dunia apabila misi bantuan ke Gaza diserang pihak Yahudi. Sifat mereka yang suka menecroboh dan melakukan onar diterangkan Allah melalui surah al-Maidah ayat 62. "Dan engkau lihat kebanyakan daripada mereka berlumba-lumba melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan."

Melihat sisi penerbitan buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia tulisan Sabaruddin Hussien. Pendedahan berkenaan cara mereka cuba menguasai dunia daripada segi penguasaan fizikal, ekonomi dan seterusnya penjajahan pemikiran. Ketahui juga 24 protokol yang menjadi panduan untuk tindakan bangsa mereka bagi merangka kerajaan Yahudi antarabangsa yang memerintah dunia. Masanya umat Islam bersatu menghalang protokol mereka dengan menyedari helah mereka daripada surah al-Maidah ayat 82 menerangkan. "Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangan terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..."

Kembali kepada ajaran Quran dan Sunnah, memudahkan umat Islam mengetahui perangai Yahudi dan taktik mereka yang cukup licik menyampaikan ideologi ciptaan mereka bagi menyesatkan semua bangsa bukan Yahudi.

Di sebalik rasa marah masyarakat dunia kepada Amerika, ramai tidak mengetahui tangan-tangan hitam Yahudi yang mendalangi segala tindakan mereka. Presiden, walau apa pun warna kulit dan pengangan politiknya, hanya boneka yang mengiyakan segala dasar Yahudi dan Zionis. Buku ini, memperincikan pengaruh mereka di Amerika daripada sudut politik, kewangan dan sosial.

Amerika yang mempunyai penduduk lebih 300 juta dan nisbah bangsa Yahudinya di bawah dua peratus (tujuh juta orang) mendapat 33 peratus tempat di Mahkamah Agung. Apa pun usaha yang dilakukan majoriti rakyat Amerika untuk mengembalikan identiti Kristian mereka, ia tetap terhalang oleh kekuatan Yahudi Amerika kerana pada hakikatnya Amerika di bawah kekuasaan Yahudi sejak penubuhannya oleh Presiden Pertama, Abraham Lincoln keturunan Yahudi daripada keluarga Rothschild yang menjadi pemimpin puak rahsia Rosicrucian.

Jewish American Heritage Month, April lalu, Presiden Barack Obama memberi ucapan antaranya: "Bangsa kita menjadi tempat berlindung dan rumah bagi orang Yahudi Amerika. Mereka (Yahudi) memperkaya budaya nasional kita, Yahudi Amerika mempertahankan identiti unik mereka. Selama perayaan Jewish American Heritage Month, kita merayakan sejarah ini dengan rasa bangga dan hormat atas sumbangan tidak ternilai Yahudi Amerika atas apa yang mereka lakukan untuk bangsa kita. Sebagai pemimpin dalam semua segi kehidupan Amerika, baik sukan, hiburan, seni, akademik, perniagaan, pemerintah, dan tentera.
Yahudi Amerika membentuk bangsa dan perjalanan sejarah kita. Kita bangsa yang kuat dan negara yang penuh dengan harapan kerana ramai Yahudi dari seluruh dunia menjadikan Amerika rumah mereka."

Terbitan buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia berupaya mengupas perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelosok dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.

Antara isu yang menarik adalah, sejarah ringkas bangsa Yahudi di Amerika Syarikat, pengaruh Yahudi dalam White House, peristiwa Yahudi dalam kekecohan dunia dan matlamat akhir bangsa Yahudi dalam menakluk dunia. Layari http://www.bookcafe.com.my bagi membeli buku itu.