28 Julai 2011

MESTI BACA: Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama - Inilah Jawapannya.



Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'
Penulis: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM150.00

Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam.

Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, mahupun sumber-sumber istinbath yang lain. Jika masih terdapat di kalanganmu’taridhin (golongan yang menentang amalan-amalan tertentu di dalam masyarakat) yang tetap dengan hujah dan pendapat mereka dalam permasalahan khilafiyyah ijtihadiyyah umpamanya, maka mereka dipersilakan untuk mengikut jalan mereka sendiri dan bukanlah bermakna jalan atau pendapat orang lain yang tidak sependapat dengan mereka salah.


Khazanah Islamiyah

1 ulasan:

  1. The keychain - titanium keychain-project.com - TiG - The
    The keychain - titanium keychain-project.com. titanium knife This website is titanium lighter than aluminum is not owned or controlled by oakley titanium sunglasses any official titanium daith jewelry website titanium exhaust wrap or site,

    BalasPadam